KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri sekiranya beliau tidak berani bersemuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, ini kerana perdebatan di kalangan pemimpin tertinggi di negara-negara maju merupakan amalan biasa yang dilakukan.
Justeru itu katanya, debat itu perlu disegerakan supaya rakyat boleh menilai siapakah antara kedua mereka yang lebih layak bergelar perdana menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang.
