Keputusan Kerajaan Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan akan memberi peluang untuk rakyat menikmati faedah dari Belanjawan 2012.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi TVSelangor berkata , keputusan itu dilihat suatu yang berhemah bagi melaksanakan Bajet 2012 demi kepentingan rakyat keseluruhan.
"Kenyataan Menteri Besar itu adalah memenuhi persefahaman yang wujud antara negeri-negeri yang ada dalam Pakatan Rakyat kerana ia adalah menepati dengan kuasa-kuasa yang terdapat dalam perundangan negeri seperti Selangor,Pulau Pinang ,Kedah dan juga Kelantan yang mengikut undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri yang pihak berkuasa negeri boleh menentukan bila-bila masa tarikh pilihanraya dengan memaklumkan kepada Sultan atau Yang Dipertua.