Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan. Papar semua catatan

25 November 2011

Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan


”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.  Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,


KOTA BHARU- Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.

Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...