Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 September 2012

Khalid Samad : Beli Senjata Tidak Berkualiti, Teguran Sultan Johor Munasabah


Teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenaan isu pembelian senjata yang tidak berkualiti dengan harga yang tidak munasabah adalah sangat tepat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Teguran ini katanya mengesahkan bahawa Kementerian Pertahanan merupakan antara ‘lubuk emas’ untuk berlaku penyelewengan dalam sesebuah kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, hal penyelewengan tersebut menjadi mudah kerana pembelian peralatan seperti senjata dan sebagainya adalah sulit.


“Terdapat kajian mengenai perkara ini dan memang menurut kajian, jabatan pertahanan sangat mudah terdedah kepada penyelewengan.

“Ini kerana, pembelian adalah sulit dan kebanyakan orang awam tidak tahu dan asing dengan hal tender, spesifikasi peralatan dan sebagainya,” ujar beliau yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.

Katanya pekara ini bukan asing kerana sebelum ini negara dikejutkan dengan isu pembelian Scorpene, jet pejuang dan baru-baru ini pula isu pembelian APC (Armored Personnel Carrier) timbul.

“APC Malaysia dibeli dengan harga tiga kali ganda daripada yang dibeli oleh Amerika Syarikat sendiri, ini juga sesuatu yang harus diberi perhatian dan disiasat,” dakwanya.

Beliau menambah, sebarang usaha untuk menyiasat mengenai penyelewengan peringkat atasan seperti ini perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang telus, berintegriti dan berkredibiliti.

“Masalah dengan kerajaan Umno-BN, apabila orang tegur, dia kata dia akan siasat, lakukan tindakan dan sebagainya.

“Ini merupakan sesuatu perkara atau janji yang kita biasa dengar, namun akhirnya sama sahaja tiada perubahan,” jelas Khalid.

Sultan Johor pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas tidak mencukupi, tidak bermutu serta tidak menepati spesifikasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan semalam untuk menyiasat sendiri teguran yang dibuat Sultan Johor itu.-Selangorku.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...