Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

13 September 2012

Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR


Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog  http://suarapakatanrakyat.com/

Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

“PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun,” kenyataan itu dipetik.
.


Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.-Selangorku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...