Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 September 2012

Autonomi dipulangkan tapi Sabah, Sarawak perlu buang rejim tua


Pakatan Rakyat komited mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Memberi jaminan Sabah dan Sarawak bersama-sama Semenanjung tidak akan disia-sia seperti yang dilakukan parti pemerintah sejak sekian lama, beliau menyeru rakyat supaya berani bangkit membuat perubahan supaya tidak lagi ‘dipijak’ pemerintah zalim.


“Rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak perlu bangkit menyambut gagasan baru yang tekad untuk merai kepelbagaian dan mengembalikan hak ekonomi dan kebebasan demi masa depan Malaysia yang gagah.

“Rakyat perlu bersatu untuk menolak rejim tua yang membudayakan rasuah, salah guna kuasa dan menindas rakyat miskin,” katanya pada kenyataan media sempena sambutan Hari Malaysia ke-49, esok.
.

Azmin berkata, kedua-dua negeri Malaysia Timur itu juga tidak akan ketinggalan daripada arus kemajuan dan kemodenan jika Pakatan diberi mandat menerajui negara.

“Semangat nasionalisme digembeling demi membenih rasa cinta kepada tanah air agar rakyat Malaysia gigih membangun negara ini dan boleh berbangga dan bersyukur,” katanya.

Namun, beliau kesal kerana pemerintah yang meminggirkan kedua-dua negeri itu menggunakan kuasa politik sempit bakal meruntuhkan tamadun negara.

“Sentimen perkauman yang jumud serta konflik agama yang direkayasa tidak membawa faedah untuk rakyat. Malah ia menghina gagasan Malaysia yang mendukung citra masyarakat yang rencam.

“Kepelbagaian politik dan sosial harus menjadi jati diri masyarakat Malaysia untuk membangun negara bangsa dalam kerangka dunia moden dan masyarakat global,” katanya.-Keadilandaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...