Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

22 Oktober 2010

Umno Takut Mahasiswa Berpolitik

Siswa Berpolitik : Umno Memang Double Standard
Ahli parlimen muda Pakatan Rakyat mendakwa kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyokong hak mahasiswa berpolitik dalam Perhimpunan Agung Umno lalu sebagai kenyataan populis politik.

Biarpun Khairy dilihat lantang dalam isu tersebut, namun kerajaan Umno BN sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk membuka ruang tersebut kepada mahasiswa negara ini.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, mereka berkata, jika Umno mahu memberi ruang sekalipun, tentunya ianya sangat double standard seperti apa yang berlaku pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke(gambar) berkata, kementerian juga menunjukkan sikap double standard jika mahasiswa jurusan sains politik terbabit dalam kajian politik sempena kempen pilihan raya akan dikenakan tindakan.

Ini, katanya seperti apa yang berlaku kepada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Auku.

"Tetapi pada masa yang sama, dua mahasiswa UKM didapati terbabit dengan perbarisan Perhimpunan Agung Umno. Adakah mereka ini akan dikenakan tindakan?" soal beliau yang juga Ketua Pemuda Dapsy.


Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar(gambar) pula membidas tindakan Umno yang ‘mengusung’ pelajar luar negara menghadiri perhimpunan Umno.

Menurutnya, jika benar mahasiswa tidak boleh berpolitik, kenapa Umno sendiri melibatkan mahasiswa tersebut dengan politik mereka.

"Kerajaan Umno BN bertindak zalim terhadap 4 mahasiswa UKM yang terlibat (membuat kajian politik) dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sedangkan ramai pelajar di luar negara yang menganggotai kelab Umno dibiarkan begitu sahaja," tegasnya.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pula berkata, tindakan Umno melarang mahasiswa terlibat dengan politik khususnya pembangkang, adalah kerana mereka takut kepada golongan cerdik pandai.

"Umno ini tak mahu orang bijak pandai ini menyertai politik, dia mahu orang tua-tua di ceruk kampung sahaja sebab senang dia nak tipu," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...