Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
04 September 2013
Kami tak pernah 'berperang' dengan ROS - DAP
DAP hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah "melancar perang" terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), sebaliknya mendakwa jabatan tersebutlah lebih dahulu menghukum DAP di media.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah berusaha semampu mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan ROS berhubung isu pemilihan semula CEC, namun tiada ruang diberikan untuk mereka bersemuka.
"DAP tidak pernah melancarkan “perang” terhadap ROS melalui media. ROS sendirilah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas DAP melalui media apabila mereka mengumumkan keputusan untuk mengarahkan DAP membuat pemilihan semula melalui media terlebih dahulu pada 29 Julai yang lepas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman yang meminta DAP berhenti “perang” di media dengan ROS.
Menjelas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta untuk bertemu dengan Ketua Pengarah ROS untuk membincangkan soal tersebut, namun ianya ditolak serta-merta dan langsung tidak memberikan ruang kepada mereka untuk berbincang secara bersemuka.
Beliau berkata, dalam surat ROS bertarikh 30 Julai 2013 untuk mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC), ROS bukan sahaja tidak memberikan alasan, malah juga tidak meletakkan apa-apa syarat, prosedur atau jangkamasa dalam pemilihan semula tersebut dan tidak meminta surat jawapan daripada pihak mereka.
"Justeru itu, kenyataan Ketua Pengarah ROS yang mendakwa DAP tidak mematuhi prosedur pemilihan semula adalah satu kenyataan yang sangat mengelirukan," tegasnya lagi.
Jelasnya, dalam mana-mana proses pemilihan parti, laporan lengkap bersama dengan senarai jawatankuasa baru yang terpilih hanya akan dihantar kepada ROS selepas pemilihan tersebut.
Prosedur dalam proses pemilihan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Parti masing-masing dan tidak ada syarat untuk memaklumkan ROS dalam perkara tersebut.
Beliau turut memaklumkan, DAP sedang dalam proses menghantar notis Kongres Khas kepada para perwakilan parti dalam minggu ini.
DAP juga katanya telah melantik sebuah firma audit antarabangsa untuk semua proses pemilihan tersebut.
"DAP komited untuk menjalankan proses pemilihan semula tersebut secara teratur dan telus.
"Memandangkan ROS sering mencari alasan untuk mengenakan tindakan ke atas DAP, surat makluman kepada ROS akan dihantar secara tangan ke Ibupejabat ROS dalam minggu ini juga," katanya.-Harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan