Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

17 September 2010

Isu Air Hanya Politik Donggeng Umno-BN


Kelantan Dijanjikan Air Bersih, Sabah Dan Sarawak Terabai Berpuluh Tahun
Kerajaan Umno-BN hanya melontar kata-kata retorik apabila menjanjikan Kelantan bekalan air bersih jika dapat menawan Kelantan.
Kordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Thevarajan berkata, ini kerana Sabah dan Sarawak yang berpuluh tahun menjadi 'deposit tetap' BN masih tidak berpeluang menikmati bekalan air yang sempurna sehingga hari ini.
"Kini sudah terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya Sarawak semakin dekat dan ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN memenangi undi dengan taktik lama menabur janji-janji manis," tegas beliau.
Katanya lagi, rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih celik dalam isu politik negara dan dapat mengenali parti yang mampu melaksanakan janji dengan yang hanya pandai bermanis mulut.

Ini terbukti dalam pilihan raya umum lalu apabila para pengundi menafikan majoriti dua pertiga dengan memenangkan pihak pembangkang di lima negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.
Mengulas perangkaan dari Jerit yang mendakwa lebih 40 peratus isi rumah di Sabah dan Sarawak masih tidak memiliki kemudahan air bersih dan air yang dirawat, Thevarajan berkata, kerajaan Umno-BN perlu menambah baik kualiti perkhidmatan air sedia ada yang disalurkan di Sabah dan Sarawak sebelum menjanjikan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.  
"Janji sebegini tidak akan dilayan oleh rakyat terutamanya rakyat Kelantan yang terbukti lebih progresif dan arif berkenaan kenyataan retorik kerajaan Umno-BN, dengan memilih parti pembangkang untuk memimpin sejak lebih 20 tahun," kata beliau lagi.
Thevarajan yang mengibaratkan janji Umno-BN sebagai 'gula-gula politik' untuk menarik minat warga Sabah dan Sarawak berkata, taktik lama ini perlu diubah oleh Umno-BN dengan mengotakan janji yang dibuat, bukan menutupnya dengan menabur lebih banyak 'gula'gula'  pada pilihanraya-TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...