Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

26 September 2010

Anwar - Nasib Orang Melayu Lebih Terbela Di Bawah Pakatan Rakyat


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan nasib masyarakat Melayu jauh lebih terbela berbanding hari ini, sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13. 
Bercakap kepada TV Selangor semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Teluk Kemang, Port Dickson hari ini, Anwar menegaskan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan menakutkan masyarakat Melayu. 
Namun malangnya ujar Anwar, idea Mahathir langsung tidak munasabah.
"Kenyataan Mahathir merupakan satu pandangan jumuk usang, bertujuan khusus untuk menutup kelemahan pada Umno dan memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu," kata beliau.
Bahkan ujar Anwar, sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang bersekutu dengan Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu.
Amalan kronisme yang menggila dengan hanya segelintir golongan Melayu yang diberikan keutamaan, bukan lagi rahsia. Amalan rasuah juga bermaharajalela. 
"Kita dapat melihat kumpulan peniaga besar yang sentiasa mendapat kontrak kerajaan secara rundingan terus seperti Anandha Krishna, vincent Tan dan hanya segelintir Melayu yang menjadi kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar," jelas beliau.
Anwar berkata, pendekatan Pakatan Rakyat lebih menyeluruh apabila mengamalkan konsep sama rata dalam menikmati kekayaan negara, dan kaum Melayu akan mendapat keistimewaan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. 
"Ini yang dijadikan isu kononnya kita akan memberi kekayaan kepada kaum Cina sahaja, ini merupakan taktik kotor Umno dimana dia akan mencipta satu isu dan menggunakannya untuk menakutkan kaum Melayu. Di sini, Umno menakutkan kaum Melayu mengatakan hak mereka akan terhakis.
"Siapa yang memulakan isu mempertikaikan hak Melayu? Umno! Mereka akan mencipta isu sebegini dan akan mengesahkan bahawa warga Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan mereka," jelas beliau.-TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...