Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

18 Januari 2011

Nafi kempen untuk BN, kenyataan Markom bohong- AMK Johor

Ketua Angkatan Muda keadilan Johor Zabidie Abas menyifatkan Ketua Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berbohong apabila menafikan beliau berkempen kepada guru-guru di kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, bukti rakaman ucapan Markom di hadapan guru-guru Kaunseling di sebuah sekolah di Tenang jelas menunjukkan beliau berkempen untuk Umno dan Barisan Nasional.
“Dia berbohong sebab ada di kalangan guru-guru sendiri yang menyatakan jelas Markom berkempen politik untuk memaksa mereka mengundi Umno dan BN. Sebab itu kita berani buat laporan polis menyatakan dia berkempen sedangkan dia penjawat awam,” tegasnya.

“Tindakan Markom sebenarnya menunjukkan sikap beliau yang mahu berpolitik. Sekiranya beliau ingin menjadi ahli politik, sepatutnya meletakkan jawatannya seperti Normala.


Menurut Zabidie, sebagai seorang penjawat awam, Markom seharusnya tahu membezakan parti politik dan peranannya sebagai penjawat tinggi dalam kerajaan.
“Kalau nak berpolitik, lepaskan semua jawatan, ikut langkah Cikgu Normala yang meletakkan jawatannya untuk bertanding pilihan raya kecil ini” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau juga menyelar tindakan Jabatan pelajaran Johor yang didalangi Markom apabila bertindak menukar tempat kerja suami kepada calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang juga seorang guru. Makrof Abd Mutalib yang bertugas di sebuah sekolah di Tenang dihantar notis bertukar ke Johor Bahru dalam masa 24 jam, beberapa hari selepas Normala diumum sebagai calon.

“Sebenarnya beliau (Markom) takut akan pengaruh Normala atau lebih dikenali cikgu Mala yang sememangnya cukup disegani penduduk setempat selain mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin,” ujarnya yang menyifatkan tindakan itu sebagai pengecut.

Beliau juga berkata, keputusan Pakatan rakyat meletakkan Normala, yang merupakan anak tempatan di Tenang, menyebabkan kebimbangan kepada Umno-Barisan Nasional.

Bila Pas umumkan calon, Umno semakin keliru untuk meletakkan calon mereka. Ini kerana mereka tak punya calon wanita yang berkaliber seperti kita kerana

Pakatan menampilkan calon yang lebih baik dan dikenali masyarakat di sini,”ujarnya.
Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.Ibu kepada tiga orang anak itu lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berasal dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

Normala merupakan guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa.

KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...