Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
21 Januari 2011
Bernama Putar Belit Kenyataan Anwar Kerana Nak Selamatkan Najib
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.
Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.
"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.
"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).
"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar.
Beliau berharap Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul "Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang - Anwar".- SK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan