Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Januari 2011

Soi Lek Buta Tamadun, MCA Anti Islam


: MCA merupakan anti Islam yang sebenar dan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat sebagai tidak mempunyai pemahaman agama dan memahami agama-agama lain di negara terutamanya Islam yang merupakan agama rasmi.

Naib Presiden PAS, Salehhuddin Ayub berkata demikian ekoran dakwaan Soi Lek dalam satu ceramah di Tenang yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa penggunaan sarung tangan oleh calon PAS Pilihanraya Kecil N05 Dewan Undangan Negeri Tenang, Normala

Sudirman sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.

Soi Lek juga dilaporkan mempersoalkan apa yang begitu hebat hingga perlu mempelajari nilai-nilai dalam Islam dan mengatakan beliau tidak tahu mengenai nilai-nilai Islam kerana beliau bukan Islam.

Salehuddin berkata, tindakan Soi Lek hanya memperkukuhkan kenyataan bahawa MCA sebenarnya parti yang anti Islam.


"Dulu dia menuduh bahawa DAP yang anti-Islam tetapi hari ini siapa yang sebenarnya lebih anti-Islam? MCA lah yang telah jadi parti yang begitu anti Islam,"
tegas beliau ketika dihubungi Tv Selangor.

Katanya lagi, Soi Lek perlu belajar sejarah tamadun dunia kerana amalan penggunaan sarung tangan adalah sesuatu yang telahpun menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat dunia.

"Pemimpin wanita yang menggunakan sarung tangan adalah satu perkara yang biasa, yang telah berjalan berkurun-kurun lalu, berabad-abad lalu. Sekarang kita lihat, Datuk Seri Wan Azizah, kemana-mana kekal dengan imejnya yang memakai sarung tangan, jadi itu budaya yang telah menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia, budaya antarabangsa yang Soi Lek sengaja menunjukkan sikap permusuhannya terhadap orang-orang Islam," kata beliau.

Katanya lagi, amalan mengunakan sarung tangan juga diikuti oleh pemimpin wanita dunia seperti Ratu England, Elizabeth dan bekas Perdana Menteri England, Margaret Thatcher semasa beliau masih memgang jawatan tesebut.

"Dia buta agama, dan dia buta budaya dunia. Dia buta agama dan dia buta tamadun manusia, dan dia perlu meihat budaya memakai sarung tangan itu satu perlindungan untuk melindungndirinya. ia satu budaya yang bukan sahaja diamalkan oleh Islam tapi juga orang-orang yang bukan islam sendiri," kata beliau lagi.-TVSNews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...