Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

04 Januari 2011

Derhaka: Umno-Utusan Guna Taktik Lapok

Gabungan Utusan Malaysia dan Umno untuk melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berhasil kerana rakyat melihat kegigihan kerajaan Selangor memperjuangkan perkara yang baik untuk rakyat.

Justeru tomahan bahawa pemimpin PR menderhaka kepada Sultan tidak timbul ia taktik lapok.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi Tv Selangor hari ini berkata, sikap Umno-Barisan Nasional(BN) yang mahu mengambil kesempatan untuk menerap unsur negatif kepada masyarakat terutama orang Melayu bagi menghakis sokongan berterusan kepada PR.

"Pada dasarnya ini menunjukkan sikap mereka tidak boleh berhadapan dengan hujah sebaliknya berhadapan dengan kekuasaan dan kekerasan.

"Tetapi usaha Umno-Barisan Nasional untuk melagakan Pakatan Rakyat dengan Sultan saya rasa tidak begitu berjaya kerana rakyat boleh melihat apa yang diusahakan PR untuk kebaikan negeri Selangor dan begitu juga Sultan memahami bahawa itu hasrat Menteri Besar," ujar beliau.



Laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengarahkan kerajaan mengenakan tindakan ISA terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie kerana didakwa menghasut rakyat mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Selain itu Ahli Parlimen Bebas yang dipecat PKR, Zulkifli Nordin turut menyarankan Shuhaimi dikenakan tindakan mengikut Seksyen 121 menghina dan menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya rasa tiada ewsyang ambil kira apa dia(ZulKifli) cakap secara serius melainkan pihak Utusan Malaysia yang cuba ingin mainkan isu ini," jelas Khalid lagi.

"Saya yakin bahawa baginda(Sultan Selangor) tidak menunjukkan sikap sepertimana yang Umno ingin tunjukkan dengan melabel orang derhaka dan sebagainya. Ada sedikit perbezaan pendapat dan pandangan terus mahu kata derhaka dan sebagainya," tambahnya lagi.

Menurut Khalid, beliau percaya masyarakat Melayu terutama tidak akan mudah terpedaya dengan kaedah Umno-Barisan Nasional mempropagandakan isu di negeri kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau walaubagaimanapun menggesa masyarakat melihat usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memperoleh individu yang paling sesuai bagi menerajui jawatan itu.- TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...