Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
25 Januari 2011
Pindaan Bagi Selamatkan Selangor Dari ‘Budak Suruhan Putrajaya’
Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menjelaskan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang mahu dilaksanakan kerajaan Selangor bertujuan mengelak usaha campurtangan yang dilakukan kerajaan Pusat dalam pentadbiran negeri.
Menurutnya, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Khusrin Munawi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan tindakan Putrajaya meletakkan ‘budak suruhan’ mereka di Selangor untuk mengkucar-kacirkan pentadbiran yang diterajui Pakatan Rakyat.
Lebih teruk, katanya, kebolehan serta keupayaan ‘budak suruhan’ ini amat diragui dalam menjalankan tugasnya, baik oleh kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat.
“‘Budak suruhan’ Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai ‘beraja di mata, bersultan di hati’, dan bukannya baginda Sultan Selangor yang kita kasihi.
“Kita dipaksa tanpa rela terima seorang SUK yang kemampuannya amat diragui, bahkan dalam senarai calon SUK dari kerajaan negeri tidak tersenarai pun…Dalam senarai calon dari Putrajaya pula dalam kedudukan terakhir.
“Tetapi, orang kerdil dan tidak cekap inilah yang menjadi pilihan Putrajaya. Mengapa? Sebabnya jelas, Putrajaya memerlukan seorang ‘budak suruhan’ bagi mengkucar-kacirkan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat,” kata Shuhaimi ketika berucap dalam perbahasan meminda undang-undang berkenaan.
menurut Shuhaimi, ‘budak suruhan’ ini kemudiannya, diberikan imbuhan kenaikan pangkat seperti yang dilakukan kepada Ketua Setiausaha Negara sekarang, Tan Sri Sidek Hassan.
“Kita tidak lupa bagaimana beliau (Tan Sri Sidek Hassan) pada ketika itu sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi ‘galang ganti’ kepada tuannya iaitu Ratu AP Malaysia, Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Beliau menjawab bagi pihak Rafidah, sedangkan Rafidah sendiri mengelak ke luar negeri dengan pelbagai misi dan lawatan.
“Akibat kesanggupannya, Tan Sri Sidek mendapat imbuhan kenaikan pangkat menjadi KSN walaupun terdapat ramai lagi pegawai kanan yang lebih layak dan kompeten berbanding beliau,” kata Shuhaimi.
Justeru, kata Shuhaimi, pindaan yang dibentang hari ini dapat menyelamatkan Selangor daripada bekerja dengan ‘budak suruhan’ Putrajaya.- KeadilanDaily
“Pindaan yang dibincang ini saya yakin akan dapat mengembalikan semula kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam pelantikan pegawai-pegawai Selangor. Ia juga akan menyelamatkan kita dari bekerja dengan ‘budak suruhan’ dari Putrajaya di masa-masa hadapan, tidak kira siapa pun di Putrajaya,” kata Shuhaimi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan