Yusmadi Yusuff |
Justeru itu katanya, kerajaan Malaysia perlu mengambil pelajaran dan iktibar dari kebangkitan rakyat Mesir yang bangun menentang kuasa diktator itu, sepertimana yang berlaku di Tunisia apabila Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan rakyatnya sendiri.
“Perkara ini timbul apabila rakyat sudah tidak tahan dengan tindakan pemimpin mereka yang menindas rakyat dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Apabila rakyat bersatu dan melakukan demonstrasi, mereka akan melaungkan suara mewakili seluruh Mesir.
Menurut Yusmadi persamaan yang wujud antara Mesir dan Malaysia adalah dasar-dasar pemerintahan yang dilakukan Hosni Mubarak, mirip kepada dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa ini.
Antaranya, kata Yusmadi, kerajaan menggunakan pelbagai undang-undang drakonian, menekan suara pembangkang, menjalankan pilihan raya kotor dan menghalang kebebasan media dan hak bersuara bagi memastikan mereka kekal berkuasa.
Beliau turut menyifatkan pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa di Tunisia dan Mesir adalah sebesar mana cengkaman kuasa pemimpin di negara Arab itu, ia tetap boleh dijatuhkan melalui kuasa rakyat.
“Ini terbukti kekuatan teknologi akan memperkasakan suara rakyat dengan penyatuan mereka melalui media dan talian. Tindakan Mubarak yang mahu menyekat rangkaian internet dan kaedah komunikasi lain juga tidak berhasil,” jelas beliau.
Hayat pemerintahan Hosni Mubarak semakin menghampiri penghujungnya apabila protes berterusan dilakukan rakyat di negara itu bagi mendesak beliau berundur dari jawatan presiden.
Ini berikutan dasar kuku besi yang dilaksanakan Mubarak mengakibatkan rakyatnya dihimpit kemiskinan, kadar pengangguran tinggi dan rasuah kronik.
Di sebalik persitiwa ini, kerajaan Umno-BN dilihat melaksanakan dasar yang mirip dengan pemerintahan kuku besi yang dijalankan Hosni Mubarak.
Antaranya Perintah darurat yang tidak pernah ditarik oleh Hosni Mubarak sejak 1981 selepas Presiden Anwar Al Sadat dibunuh, yang disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dilaksana Umno-BN.
Selain itu, Hosni Mubarak juga menggunakan cengkaman kuasanya untuk menekan parti-parti pembangkang termasuk parti Ikhwan Islam, sebuah gerakan islam dan parti pembangkang terbesar di dunia Arab.
Kerajaannya juga menjalankan pilihan raya kotor bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden.
Sama seperti di Malaysia, kerajaan Umno-BN sentiasa menekan pembangkang bagi mengekalkan pengaruh mereka dan gagal menjalankan pilihanraya yang adil seperti yang dituntut Pakatan pembangkang.
Dari segi cengkaman terhadap media, Mesir menduduki tangga ke 133 daripada 168 negara dalam kebebasan bersuara.
Sekatan penuh kerajaan Mesir terhadap internet dan telefon bimbit, bagi menghalang protes kebangkitan rakyat disamakan dengan tindakan kerajaan Malaysia baru-baru yang bercadang meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak meliputi sekatan terhadap media internet untuk terus mengekang kebebasan media.
Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan