Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

28 Januari 2011

Kepulangan pengundi di luar Tenang bantu kemenangan Pakatan


Pengundi di Tenang perlu melihat pilihan raya kecil di Tenang bukan sekadar proses memilih kepimpinan di peringkat negeri semata-mata, sebaliknya turut memberi kesan langsung kepada lanskap politik nasional.

Justeru, pengundi perlu membuat pilihan yang betul kerana jika Pakatan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, ia Pasti membuka lebih ruang untuk Pakatan di peringkat nasional, seterusnya memungkinkan janji-janji dalam Program 100 Hari PakatanRakyat dilaksana dengan lancar.

Demikian seruan Pengarah Pilihan Raya Tenang, Salahuddin Ayub kepada pengundi yang tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum mengundi wakil rakyat baru berikutan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum ini, Datuk Sulaiman Taha akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Mengulas tentang pengundi Cina yang dikata mampu mempengaruhi hala tuju keputusan pilihan raya 30 Januari ini, Salahuddin gembira dan berpuas hati dengan sambutan daripada masyarakat Cina sepanjang kempen berlangsung.


“Saya cukup berpuas hati dengan komitmen daripada rakan-rakan DAP dan KEADILAN.Semuanya bekerja keras memastikan Pakatan dapat menambat hati seramai mungkin pengundi di Tenang,” kata Salahuddin.

Bersetuju dengan pendapat bahawa PAS boleh menang jika 75 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka Ahad ini, Salahuddin berharap agar pengundi di Tenang yang berada di luar daerah turut pulang mengundi kerana mereka berperanan dalam mencorak hala tuju politik di Tenang.

Salahuddin turut memberitahu satu majlis solat hajat akan berlangsung malam ini bagi terus memberi kekuatan kepada jentera pilihan raya dalam pecutan terakhir menjelang hari mengundi.

“Saya memohan agar semua ahli dan penyokong menunaikan solat hajat khas malam ini agar diberikan kekuatan oleh Allah kepada jentera kita yang sedang bertungkus lumus di Tenang ini yang kini hampir sampai ke garisan penamat.

“Minta pohonkan juga kepada Allah agar perjuangan dan calon kita diberikan perlindungan dari sebarang perbuatan khianat atau rancangan jahat atau sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.-KeadailanDaily
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...