Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 Januari 2011

Pejabat Rosmah Di JPM, Najib Perlu Jawab


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab dakwaan mengatakan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri di Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady Of Malaysia Division (FLOM).

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, Najib selain menjelaskan tentang kewujudan pejabat berkenaan, juga didesak menerangkan pembentukan unit FLOM berkenaan.

“Najib kena jelaskan tentang pejabat ini dan pembentukan unit ini yang tidak dibuat melalui prosedur dan konvensyen yang sah seperti melalui parlimen. Rosmah tidak sepatutnya ada pejabat di JPM.
“Kita tidak mahu rakyat memberontak terhadap kelakuan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri,” tegasnya yang menyindir Rosmah yang disifatkan sebagai salah satu ‘parti komponen Barisan Nasional’
..

Menurut Zuraida, Najib sebagai Perdana Menteri seharusnya mengawal kelakukan dan tindak tanduk isterinya yang sebelum ini terlalu menonjolkan diri sehingga menggelar dirinya First Lady, atau Wanita Pertama yang mencabar kedudukan Permaisuri Agung.

“Najib perlu mengawal isteri dia kerana kita tidak mahu Rosmah mendapat projek-projek yang bernilai ratusan juta ringgit, yang bukan di bawah bidang kuasa Rosmah sebagai menteri kabinet. Kelakuan Rosmah ini benar-benar telah menjejaskan imej negara kita,” ujar beliau.

Semalam, Keadilandaily mendedahkan Rosmah memiliki pejabat khas di JPM di bahagian Unit FLOM. Perkara itu disahkan selepas Keadilandaily menghubungi salah seorang pegawai bahagian itu yang menjawat sebagai Pembantu Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Naib Presiden Keadilan, Fuziah Salleh ketika dihubungi turut menyifatkan perbuatan Rosmah itu sebagai melampau kerana melanggar peruntukan perlembagaan dan menderhaka kepada Yang DiPertuan Agung.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama (FLOM) itu bermakna kedudukan Rosmah setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Rosmah sebelum ini turut dikritik hebat apabila dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Dasar Permata, salah satu program yang dilancarkan kononnya untuk membantu perkembangan kanak-kanak pintar, yang kemudian dilanjutkan pada peringkat remaja.

Permata mendapat peruntukan sebanyak RM111 juta dalam pembentangan bajet 2011 dan RM100 juta semasa bajet 2010.

Rosmah sebelum ini juga diselar kerana menghabiskan RM4.5 juta bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama selama tiga hari pada Oktober tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...