Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

11 Januari 2011

Tenaganita: Migrant Care sudah maklumkan kepada JPM

Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan, beliau dimaklumkan oleh pihak Migrant Care bahawa aduan telah dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri berhubung isu rogol melibatkan seorang menteri kabinet sewaktu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, apa yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri ketika itu ialah kenapa aduan yang diterima oleh jabatan itu tidak diendahkan dan bukannya membuat sebarang penafian.

“Migrant Care kata mereka ada hantar dan memberitahu (kepada Jabatan Perdana Menteri) tetapi sebab apa tidak ada siasatan masa itu? Itu sahaja,” kata Irene mengulas tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi yang menyatakan beliau tidak tahu-menahu berkenaan kejadian itu
.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri itu atau lebih dikenali dengan pangilan Pak Lah, menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.

Rais setelah dua minggu kes ini didedahkan baru tampil membuat penafian serta disusuli dengan kenyataan bekas pembantu rumahnya itu yang turut sama menafikan beliau dirogol.

Di Seremban Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis agar perkara ini disiasat bagi membersihkan nama negara dan menteri terbabit.

Blogger terkenal, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan sebelum ini menyiarkan pendedahan Wikileaks bahawa Tun Abdullah mengetahui salah seorang menterinya merogol seorang amah warga Indonesia.

Rocky juga mendesak mengapa Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SMM) yang berada di bawah kementerian Rais agar menyiasat pendedahan ini.

Katanya, jika kes sebelum ini yang membabitkan pendedahan saham anak Rais, agensi itu pantas mengambil tindakan tetapi lembab dalam isu ini.

Walau bagaimanapun pendedahan Rocky Bru itu kemudiannya disusuli dengan rumahnya dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri.-TVSelangor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...