Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

09 Februari 2011

Tidak Hirau Soal Pasaran: Isa Samad Hanya Alat Politik


Pelantikan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA disifatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)Shamsul Iskandar Md Akin sebagai meneruskan tradisi FELDA sebagai alat politik dan bukannya menjaga kepentingan peneroka.

Justeru, bersetuju dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Panel Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) Zainal Azman Mohd Yusof bahawa pelantikan Isa akan memburukkan pasaran yang disertai konglomerat ini.

Zafrul dan Zainal bercakap dalam satu Forum anjuran Badan Permikir IDEAS menyatakan Isa, yang pernah didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005 tidak layak menerajui FELDA.

"Apakah ia akan dijaga ketulenan sebagai hanya syarikat jaga kepentingan peneroka dalam masa sama menjalankan perniagaan sawit atau hanya jadi alat politik dan itu pada saya akan beri tafsiran atau isyarat membimbangkan bagi mereka yang terlibat dalam sektor ini.


"Saya percaya komuniti perniagaan dan pelaburan yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan FELDA ini tentunya berasa terkejut dengan pelantikan Isa Samad kerana inilah kali pertama seorang ahli politik yang masih aktif dilantik menerajui Konglomerat yang mempunyai 'turn-over' berbillion ringgit," katanya.

Shamsul berkongsi sentimen sama dan menganggap hal ini tidak seharusnya berlaku sedangkan peneroka sudahpun ditindas FELDA.

Beliau memberi contoh beberapa FELDA seperti Sungai Koyan, Raja Alias, Kemahang dan beberapa yang lain yang berjaya memenangi kes Mahkamah ke atas FELDA.

Shamsul berpendapat, sudah sampai masanya peneroka FELDA melupakan sentimen politik masing-masing dan bekerjasama menghantar mesej padu kepada Putrajaya untuk menolak pentadbir FELDA yang tidak mampu membela dan mengurus badan ini.-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...