Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

21 Februari 2011

Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuangan, kata Anwar

Anwar akan teruskan perjuangan demi rakyat yang tertindas, walaupun berdepan dengan berbagai rintangan.

 SEBERANG PERAI 20 FEB : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan terhadap semangat rakyat Malaysia menjadi pendorong untuk beliau meneruskan perjuangan membela mereka yang tertindas meskipun berdepan dengan perbicaraan fitnah dan serangan peribadi yang berterusan dari Umno dan media arus perdana.

Berucap kepada lebih 10,000 di sini malam tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau tetap akan mendokong perjuangan itu dan tidak akan 'lari' walaupun berhadapan dengan jentera kerajaan dan Umno yang cukup besar.

"Tak perlu gaduh, saya tak lari. Kalau saya nak lari tahun 1998 saya dah lari dah. Ini datang pilihanraya akan datang saya nak tengok siapa yang lari. Datuk Najib tak perlu risau macam saya cakap dulu nak lantik dia jadi Duta Besar Malaysia ke Mongolia." kata Anwar disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin di Padang Awam Taman Gemilang Seberang Jaya.

Anwar berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan terus mengangkat konsep keadilan yang dituntut oleh Islam demi memberi pembelaan kepada semula lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.


Sambutan hangat kepada ceramah perdana Anwar menzahirkan sokongan mantap akar umbi terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau saban hari mengharungi asakan pemimpin-pemimpin Umno serta media kawalan pemerintah dalam cubaan untuk menghakis sokongan terhadap beliau.

Anwar juga berdepan dengan perbicaraan liwat untuk kali kedua yang sekali lagi diwarnai dengan keterangan-keterangan bercanggah oleh doktor pakar dan pengadu serta kekangan mendapatkan dokumen.

Pendakwaraya juga enggan memanggil Najib Razak sebagai saksi yang menemui Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau melontar tuduhan fitnah itu terhadap Anwar pada tahun 2008.

Namun bagi Anwar, semua permasalahan yang dihadapinya tidak menghalang beliau untuk terus bergerak ke seluruh pelusuk negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat atas keperluan menamatkan era pemerintahan BN yang disalut dengan kronisme dan rasuah di bawah kepimpinan Najib.

Hubungan antara kaum sejak dua tahun lalu, juga dilaporkan semakin terjejas dengan Najib memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia membakar sentimen perkauman dengan memutuarbelitkan isu-isu tertentu demi menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Badan kehakiman kembali tercalar dan Peguam Negara serta polis sekali lagi dijadikan 'aparatus' untuk menzalimi rakyat sebagaimana yang terbukti dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan tahanan-tahanan dalam lokap polis.

Merujuk kepada pendakwaan yang dihadapinya sendiri, Anwar dengan sinis mengatakan beliau tidak akan lari walaupun menghadapi pendakwaan fitnah dan pemimpin Umno mahu menghumbannya kembali ke penjara.

"Apa macam drama ini? Kalau di dunia lain, dah lama kes seperti ini dibuang. Saya nak beritahu Najib dan Rosmah jangan takbur. Ikut undang-undang. Jangan aniaya orang," katanya.

Anwar berkata beliau bersyukur rakyat dan masyarakat antarabangsa menolak fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media arus perdana,

Kita kena ingat, penghayatan begitu rupa. Saya minggu lalu bercakap di A.S disambut baik. TV 3 tak keluar, tak apa..Macam TV Mesir. sebab itu saya nak ingatkan, Utusan pun jangan sombong dan takbur sangat," katan-TVSNews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...