Pakatan Rakyat akan dedah segala penyelewengan dan rasuah Ketua Menteri Melaka
Pakatan Rakyat akan mendedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang pentadbiran Umno- Barisan Nasional(BN) sekiranya berjaya menawan negeri Melaka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan Umno- BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang selama ini banyak melakukan tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.
Shamsul berkata demikian jetika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.
Selama ini, katanya segala laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM terhadap salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Mohd Ali tidak pernah diendahkan pihak berkuasa itu.
“Saya buat berapa kali laporan rasuah SPRM ada ambil tindakan…tak ada.Saya buat laporan rasuah pada Ali Rustam………satu pun badan pencegah rasuah tidak ambil tindakan pada Ali Rustam.
“Saya janji malam ini kalau kerajaan Pakatan Rakyat menang….fail Ali Rustam dan dakwa dia,” katanya.
Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.
Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda PKR berasa yakin negeri Melaka bakal ditawan Pakatan Rakyat dengan sokongan rakyat bermula dengan kejayaan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Umno-BN dalam pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Katanya, hanya dengan kuasa rakyat negeri Melaka dapat ditawan dan hak rakyat dapat dikembalikan kepada rakyat.-TVSNews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan