Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
21 Februari 2011
Dedah 49 Syarikat Berkait Taib, Ini Masa Terbaik- Baru Bian
Segala rasuah Taib Mahmud dan keluarganya hendaklah didedah dan disebarkan kepada rakyat
Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, yang membela Masyarakat Asal di Sarawak bercadang mendedahkan 49 syarikat ada kaitan dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit di serata dunia.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia adalah masa yang tepat untuk bertindak setelah sekian lama Taib Mahmud dan keluarganya mengaut keuntungan atas penindasan ke atas rakyat Sarawak.
"Masanya telah tiba, segala skandal Taib Mahmud dan keluarganya disebar dan dibuka,"katanya.
Menurut 'The Bruno Manser Fund' atau BMF, senarai tersebut akan diterbitkan minggu hadapan dengan meminta semua pihak berkuasa yang terlibat membekukan semua aset Taib bagi memulakan siasatan.
Senarai tersebut akan diterbitkan pada hari Isnin ini dengan memfokuskan kegiatan rasuah dan korupsi Taib Mahmud sepanjang tiga dekad mentadbir negeri Sarawak.
Namun, Baru mempersoalkan adakah pendedahan tersebut tersebut akan ditangani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seadilnya.
"Kalau laporan ini dikeluarkan nanti, persoalannya adakah SPRM atau pemerintah akan mengambil berat laporan ini, terdahulu pihak kami ada membuat laporan berhubung harta Taib yang berbillion ringgit, sehingga sekarang tiada reaksi daripada SPRM," katanya kepada Tv Selangor.
Baru Bian berharap badan yang bertanggungjawan seperti SPRM mampu bertindak seadilnya tanpa pengaruh mana-mana kepentingan politik.
Mengulas kebangkitan rakyat Sarawak sejak kebelakangan ini, Baru Bian menyeru rakyat Sarawak khususnya masyarakat Orang Asal di negeri itu untuk membuat pilihan yang bijak dalam menangani masalah Tanah Adat Bumiputera (NCR).
Katanya, dasar kerajaan Umno-BN yang mengenepikan hak rakyat harus dihentikan segera dan kini sudah sampai masanya, perubahan benar-benar diperlukan di bumi Sarawak.-TVSNews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan