Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

03 Februari 2011

Khalid Samad : PAS Komited Kepada Pakatan Rakyat

YB Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa PAS tidak akan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno walaupun pimpinan Umno mempergunakan Institusi Diraja bagi menghalalkan matlamat mereka.

Tegasnya lagi beliau berkata PAS hanya boleh menjalin kerjasama bersama parti yang mampu berjuang dalam menegakkan keadilan kepada rakyat yang semakin tertindas di bawah pimpinan kerajaan Umno-BN sekarang.

Beliau yang turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa parti tersebut tidak akan menyertai UMNO-BN meskipun diberi penawaran.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai hala tuju yang jelas dalam mempertahankan dan memberi keadilan buat rakyat.

"Pakatan Rakyat ajak kita bersama tegakkan kerajaan yang adil, berkebajikan, telus, satu-padukan rakyat atas dasar kebenaran dan keadilan, kita pilih Pakatan Rakyat, kerana UMNO rosak sampai ke usus," katanya.


Tambah Khalid yang menjelaskan kepada penonton bahawa UMNO-BN merupakan parti yang tidak membawa keuntungan malah hanya tahu menekan serta.

"Orang kata kenapalah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR tapi kenapa tak boleh bekerjasama dengan UMNO? Mereka (UMNO-BN) kerajaan rasuah, zalim, pecah-belahkan rakyat," katanya.

Beliau yang bercakap dalam Program Jelajah PKR, Ceramah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia akan diadakan di Taman Sri Manja, PJS 3 yang disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo, Khalid Samad, Nurul Izzah, Tian Chua, Nik Nazmi dan Haniza Talha.

Jelajah tersebut bermula petang semalam yang menjadikan Galeri Empire, Subang Jaya sebagai lokasi pertama.

Program jelajah ini akan diadakan di 30 lokasi yang ditandingi PKR dalam pilihan raya serta kawasan yang dianggap strategik.- TVSNews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...