Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 Februari 2011

Kejatuhan Hosni Mubarak Melalui Kebangkitan Rakyat




Kejatuhan Hosni Mubarak: Mesej Jelas Buat Umno-BN

Pimpinan KEADILAN mengalu-alukan kejatuhan regim pimpinan diktator Hosni Mubarak di Mesir melalui kebangkitan rakyat dan percaya, peristiwa bersejarah itu sepatutnya memberi pengajaran kepada pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitter awal pagi ini, menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah.

“Mubarak dipaksa berundur. Pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Reformasi!” kata Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak membawa mesej jelas kepada Umno Barisan Nasional (BN)
.

“Kuasa rakyat tegak di Mesir. Tahniah kepada semua warga Mesir. Selepas ini siapa? Ini mesej jelas kepada Umno,” kata Ahli Parlimen Gombak itu melalui twitternya.

Hosni Mubarak tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar turut menganggap kejatuhan Hosni Mubarak hasil gerakan rakyat di Dataran Tharir yang secara sinis disamakan beliau dengan Dataran Merdeka

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” katanya juga melalui twitter.

Selain pimpinan KEADILAN, Kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat lain turut mengalu-alukan kejatuhan Hosni Mubarak, melalui paparan twitter.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyifatkan kejatuhan diktator Mesir itu sebagai berakhirnya rejim Umno Mesir.

“Tahniah rakyat Mesir 18 hari tak berganjak, akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Berakhirnya rejim Umno Mesir,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Sarawak mencontohi kebangkitan rakyat Mesir dengan menumbangkan ‘Mubarak Sarawak’, merujuk kepada Ketua Menteri Sawarak, Tan Sri Taib Mahmud.

Untuk rekod, tempoh pemerintahan Hosni dan Taib sama iaitu 30 tahun dan kedua-dua pemimpin itu sarat dengan pelbagai dakwaan rasuah dan penindasan terhadap rakyat.-Keadilandaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...