Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

14 Februari 2011

Jika Pakatan Rakyat Dapat Memerintah, Buku Jingga Akan Ganti Dasar Ekonomi Baru

Saifuddin : Buku Jingga Sesuai Ganti DEB


Saifuddin Nasution
Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga akan menggantikan sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang gagal dilaksanakan oleh Umno-Barisan Nasional.

Sehubungan itu, gagasan itu mengharapkan rakyat memilih untuk menukar tampuk pemerintahan bagi membuktikan keberhasilan dasar baik yang dimuatkan dalam ikrarnya bersama-sama PAS, PKR dan DAP.

" Kita (Pakatan Rakyat) bukan tampil dengan formula untuk memperbaiki tetapi kita tampil dengan dasar dan formula untuk merubah, menggantikan dasar. Buku Jingga ini ialah satu formula, satu dasar, digunakan untuk menggantikan dasar-dasar usang yang dibuat oleh Umno-Barisan Nasional,"


Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail ketika diminta mengulas tentang sama ada Buku Jingga berperanan untuk menggantikan DEB.

Beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, Buku Jingga jauh lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding dengan dasar-dasar terdahulu mahu pun dasar baru Umno-Barisan Nasional.

Tambah beliau, tawaran Buku Jingga yang begitu menarik dan berbekas di hati rakyat memaksa perdana menteri dan timbalannya bekerja keras untuk mengimbangi dasar yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Saifuddin, antara reaksi kepada Buku Jingga ialah pengumuman Najib bahawa tol di Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun dan tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.

" Begitu juga pengumuman Datuk Seri Najib tentang ketidaknaikan beberapa bayaran tol di negara ini. Ketika Buku Jingga menawarkan pengambilalihan terhadap konsesi tol di negara kita yang memerlukan kerajaan berbelanja sejumlah wang yang kemudiannya membolehkan kerajaan mengambil alih konsesi tol dari pemegang konsesi yang kemudian, kadar tol tidak dikenakan kepada pengguna lebuh raya di negara kita. Itu pun reaksi Perdana Menteri ia sebagai perkara yang akan memufliskan negara.

" Tetapi tidak sampai sebulan selepas itu juga Perdana Menteri mengumumkan beberapa laluan lebuh raya tidak akan dikenakan tol untuk tempoh sekian-sekian masa," tambah Saifuddin.

Sementara itu, sebagai tindakan terdesak jua, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan pemberian insentif kepada guru-guru cemerlang juga dilihat untuk menyeimbangkan dasar dalam Buku Jingga.

" Apa bezanya dengan tawaran Muhyiddin? Apabila beliau mengetahui tentang polisi kita yang kemas dan dapat menangkap imiginasi warga pendidik dan rakyat boleh faham dengan mudah bahawa beban kerajaan tidak banyak iaitu hanya RM 3 bilion, walhal pada ketika itu Muhyiddin berkata, ianya akan memufliskan negara," kata Saifuddin.

Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pemerintahannya memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang pada setiap bulan.

Pakatan Rakyat juga telah mengenal pasti kesan kewangan dari pelaksanaan ini.

Perbelanjaan sebanyak RM3.2 bilion itu mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).-TVSNews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...