Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
25 Februari 2011
Lebih 1,000 Maut Di Libya
PARIS 24 FEB : Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripadanya di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.
Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, keadaan kekacauan akibat kemarahan orang ramai kepada regim itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.
Selasa lalu, pemerintah Libya buat pertama kali mendedahkan seramai 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu tetapi Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang maut.
"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.
"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.
Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak bebas penunjuk perasaan dan tidak sepatutnya tentera udara dibenar melepaskan tembakan dari pesawat.
Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein. - AFP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan