Dr Mahathir sebelum ini dipetik menyatakan pandangan agar Taib Mahmud yang sudah 30 tahun menguasai Sarawak agar menamakan pengantinya jika tidak mahu menerima nasib seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dijatuhkan rakyatnya sendiri.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pihaknya konsisten mendesak Taib Mahmud berundur konsisten dan yakin ia akan menjadi modal politik besar kepada Pakatan Rakyat kerana pemimpin yang ada sekarang tidak melakukan yang terbaik kepada rakyat.
“Saya berpendapat gesaan Dr Mahathir merupakan ulangan kepada gesaan Pakatan Rakyat yang telah lama kita suarakan iaitu adalah satu perkara yang tidak munasabah untuk sesebuah negeri itu dipimpin oleh seorang pemimpin lebih daripada 30 tahun,” katanya.
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir dan Timur Tengah di mana rakyat mendesak pemimpin yang zalim supaya berundur perlu dijadikan ikhtibar.
“Kita lihat dalam konteks Mesir bukan sekadar Hosni Mobarak memerintah lebih 30 tahun tetapi keluarganya juga terkenal dengan kekayaan walaupun rakyat Mesir itu miskin tetapi pemimpin dan keluarga pemimpin kaya raya dan ini yang berlaku dalam konteks Sarawak dan terdapat persamaan di antara Taib Mahmud dan Hosni Mubarak,” katanya.
Tambah Shamsul lagi, pengunduran Taib Mahmud adalah untuk kebajikan rakyat Sarawak yang selama ini hidup dengan tekanan ekonomi dan kemiskinan.
Lebih malang, Sarawak merupakan antara negeri masih berada dalam kedudukan antara negeri yang termiskin di Malaysia.-TVSNews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan