Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
24 Februari 2011
Gaddafi Berdegil, Dakwa Demonstrasi Mahu Tukar Libya Negara Islam
TRIPOLI, 23 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.
Cara beliau menangani kebangkitan sejak beberapa lalu juga mendapat kritikan Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Saya tidak akan meninggalkan tanah ini (negara ini), saya akan mati di sini sebagai pejuang,” kata beliau menerusi televisyen kerajaan malam tadi.
Dalam ucapan yang digambarkan sebagai merewang dan enggan tunduk kepada desakan demonstrasi, Muammar yang memerintah negaranya sejak lebih empat dekad lalu mempersalahkan golongan muda dan melabelkan penunjuk perasaan sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.
Sebaliknya Muammar meminta rakyatnya turun ke jalan hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada beliau.
Beliau juga meminta rakyatnya supaya “membersihkan Libya dari rumah ke rumah” melainkan penunjuk perasaan menyerah diri.
Hampir 500 orang dikatakan sudah terbunuh dalam demonstrasi yang bermula lebih seminggu lalu.
Muammar muncul buat kali kedua dalam 24 jam untuk memberikan ucapan menerusi televisyen semalam.
Dalam laporan berasingan Reuters pula menyebut Liga Arab telah menggantung delegasi Libya daripada menyertai aktiviti pertubuhan itu yang berpejabat di Kaherah.
Bagaimanapun ia tidak memberikan sebarang butiran berhubung keputusan itu, yang dibuat ekoran tindakan keras kerajaan Libya ke atas demonstrasi.
Tentera Libya didakwa menyerang dan mengebom banyak lokasi kelmarin.
Stesen TV Al Jazeera pula melaporkan Menteri Dalam Negerinya Abdel Fattah Younes al Abidi telah mengumumkan keputusannya membelot kerajaan pimpinan Muammar dan menyokong “revolusi 17 Februari”.
Stesen itu menyiarkan video amatur di mana Abdel Fattah duduk di atas meja dan membacakan satu kenyataan yang turut menggesa tentera Libya menyertai rakyat dan “tuntutan sahih” mereka.
Beberapa diplomat yang berada di negara asing turut mengumumkan peletakan jawatan mereka sejak beberapa hari lalu membantah tindakan kepimpinan Muammar menghadapi tunjuk perasaan. — Reuters
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan