Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.
Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.
“Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.
“Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.