Pakatan Rakyat tidak melihat sebarang masalah dengan pemimpin berkaliber dan terbukti kebolehannya seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Pakatan Rakyat tidak pernah melihat pelantikan itu di sudut rasis dan perkauman sempit tetapi melihat lebih jauh daripada itu kepada ketokohan, kewibawaan dan sumbangan seseorang pemimpin itu kepada negara tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama.
Anwar berkata setiap warga negara Malaysia yang berkelayakan dan menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara serta menjunjung Perlembagaan berhak mendapat tempat sewajarnya dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat.
"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan Rakyat. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina.
"Saya ingin bertanya mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?
"Saya tidak boleh menerimanya. Juga siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan.
"Mereka (Umno) adalah hipokrit. Mereka bercakap mengenai 1Malaysia, dan kemudiannya mengecam sebarang kemungkinan seorang Cina dinaikkan kepada sebuah jawatan yang lebih tinggi.
"Mana letaknya konsep 1Malaysia. Mereka bercakap pasal 1Malaysia tetapi menggunakan konsep ketuanan Melayu, maknanya, jika kita letakkan seorang Cina sebagai TPM, tak kira TPM Satu, Dua atau Tiga, ia pula dijadikan penghinaan kepada konsep ketuanan Melayu," kata Anwar pada sambutan sempena Maal Hijrah di sini hari ini sebagai respons kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan tidak ada sebarang masalah melantik Kit Siang atau mana-mana pemimpin bukan Melayu ke jawatan tersebut.
Media kawalan Umno-Barisan Nasional kata Anwar bersikap taksub terlampau mengkritik Pakatan Rakyat sehingga sanggup memutarbelit isu perkauman tanpa menyentuh sedikitpun mengenai dasar perjuangan Pakatan Rakyat.
"Berapa lamakah harus kita terus mengamalkan politik perkauman sebegini. Kenapa ada usaha halus untuk meniupkan api kebencian terhadap Lim. Kenapa beliau harus digambarkan sebagai pelampau Cina dan justeru orang Melayu mesti menolak beliau.Sekiranya tidak bersetuju dengan beliau beritahu kerana kita mempunyai hak untuk tidak bersetuju.
"Adakah dia mendesak supaya Perlembagaan atau pun kedudukan Islam ditukar. Tidak. Tetapi Umno dan Perdana Menteri Najib Razak kata ya. Merekalah (umno) yang mencipta masalah besar ini.
"Jika mereka meneruskan pendekatan ini, saya rasa mereka amat ketinggalan. Rakyat adalah jauh lebih matang sekarang, contohnya di Pulau Pinang. Saya percaya bukan sahaja Cina tetapi Melayu sudah jauh lebih matang," tegas beliau lagi.
Anwar berkata adalah silap besar bagi Umno-BN jika mereka berfikir boleh menang PRU13 dengan memainkan rentak "Ketuanan Melayu" kepada masyarakat Melayu dan irama 1Malaysia kepada bukan Melayu.- S/Keadilan
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
08 Disember 2010
Jawatan TPM: Pakatan Rakyat Amal Dasar Terbuka, Angkat Tokoh Wibawa, Berjasa Kepada Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan