Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan pada Mac 2011 depan.
Ramalan itu, tegas beliau ekoran pengumuman presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pemilihan Umno ditangguhkan selama 18 bulan.
Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan pada Mac 2011 telah menangguhkan selama 18 bulan yang dilihat pemerhati politik memberikan signal akan berlakunya pilihanraya umum pada tempoh tersebut.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Najib yang juga pengerusi BN mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.
Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.
"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan," katanya.-TVSNews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
02 Disember 2010
Ekoran Pemilihan UMNO Ditangguhkan, Anwar Ramal PRU 13 Pada Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan