Usaha media pro Umno, Utusan Malaysia menampilkan kembali Ummi Halfida Ali yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya Umno-Barisan Nasional untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.Ummi adalah adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditemui selepas menghadiri rancangan Fokus Berita di TVSelangor petang tadi berkata Ummi Halfida bukan seorang pakar politik atau pakar rujuk dalam apa-apa bidang malahan personaliti dan latar belakangnya juga amat dipersoalkan.
Ummi dalam temubualnya hari ini meminta Azmin agar bertaubat serta menyatakan ketranpilannya kali ini bagi menyelamatkan bangsa Melayu apabila menuduh Azmin dan Anwar cuba memusnahkan bangsanya sendiri dengan menolak konsep ketuanan Melayu.
Bagi Khalid, tindakan Umno-BN dan medianya Utusan Malaysia yang sanggup menyiarkan kenyataannya menunjukkan bukti betapa mereka begitu terdesak.
"Dari segi, Anwar atau Azmin yang ingin mengggadaikan ketuanan Melayu, perkara ini mustahil dilakukan kerana hakikat di negara kita ini, majoritinya orang Melayu, yang menduduki kerusi di Parlimen juga majoritinya juga orang Melayu," ujarnya.
Tambah beliau, untuk sesuatu kaum yang minoriti ingin mengubah dengan tiba-tiba apabila sudah berkuasa adalah satu perkara yang tidak mudah dan tidak mungkin berlaku.
Katanya, dalam kontek Pakatan Rakyat khususnya, Anwar dan Azmin tidak boleh membuat keputusannya sendiri kerana ketiga-tiga parti dalam komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP turut terlibat.
"Aspek yang menyentuh soal Perlembagaan Negara, kedudukan agama Islam, berhubung soal institusi Raja-Raja Melayu, soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan keistimewaan orang Melayu....semua ini diterima oleh ketiga-tiga buah parti.
"Tidak mungkin, kedua-dua mereka ini boleh membuat keputusan begitu sahaja dan Pakatan Rakyat mengikut kehendak Anwar dan Azmin.
Jelasnya, antara sebab lain adalah ketiga-tiga pemimpin selalu bertemu dan berbincang kerana pendekatan yang diambil berdasarkan konsesus.
"Kitanya bukannya hanya megikut kehendak seseorang, Umno-BN sebenarnya sudah terlalu biasa dengan cara kepimpinan parti itu di mana apa sahaja yang dikatakan presiden Umno akan diikuti.
"Kalau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kata benda itu hitam, maka semua akan kata hitam. Itu Umno-BN dan bukannya PR.
Tegasnya lagi, Pakatan Rakyat mengamalkan konsep gabungan, syura dan konsenses yang sebenar tanpa ada paksaan, ugutan peras ugut seperti Umno-BN sehinggakan perkara tidak baik dilakukan pun terpaksa disetujukan.
Ummi sebelum ini dikaitkan dengan beberapa tender kerajaan serta salahlaku yang membabitkan dakwaan rasuah. Antaranya ialah Ketua pegawai operasi (COO) anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - Mohammad Rosly Md Selamat didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.
Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.
Menurut borang aduan Badan Pencegah Rasuah pada 2009, ia mempunyai maklumat bahawa pegawai Pempena telah menerima rasuah dari Ummi Hafilda bagi penajaan sebuah konsert bernilai RM300,000.
Konsert tersebut adalah untuk penyanyi dari Timur Tengah, Amir Diab, di Kuala Lumpur City Centre dan Stadium Negara.
Ummi Hafilda - yang pernah mendapat jolokan nama "Monica Lewinsky Malaysia" - pernah memberi keterangan dalam kes rasuah dan kes liwat yang membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim-TVSNews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
13 Disember 2010
Dakwaan Ummi Halfida, Utusan Terdesak Guna Senjata Lama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan