Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

11 Ogos 2012

Janji Bersih: BN fobia kuning di Kuala Lumpur



Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.

Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.

10 Ogos 2012

Banyak pihak ragui Jawatankuasa Khas royalti


Jawatankuasa Khas bagi pengurusan wang tunai hasil petroleum dianggap sesuatu yang aneh, luar biasa, meragukan dan tidak mempunyai asas undang-undang.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dibentuk daripada gabungan 50 NGO menyifatkan cadangan penubuhan jawatankuasa itu di luar pemikiran rasional dan terdedah manipulasi.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata, implementasi perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit sudah berjalan bertahun-tahun dengan kaedah yang jelas.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dikaji lagi melainkan ada cacat dan cela pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang hanya layak dibincang di sidang Parlimen mengikut kaedahnya.

Tak perlu JK Royalti, bayar segera kepada Kelantan

Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti kepada Kelantan sebagai satu birokrasi politik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran royalti itu sudah termaktub dengan jelas dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 lalu.

"Kita berpendapat akta petroleum cukup jelas yang meletakkan bayaran tunai diberikan secara terus kepada kerajaan negeri seperti mana berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi bagi Kelantan mereka menafikan.

M’sia jadi bahan lawak a’bangsa jika halang bapa Altantuya


Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika keluarga mendiang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dihalang memasuki negara ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Jika ia dilakukan, bermakna Malaysia kena bersedia untuk dijadikan bahan lawak antarabangsa. Harap-harap perkara ini tak berlaku,” kata Gwo Burne, merujuk khabar angin mengatakan bapa Altantuya, Setev Shaaribuu dan seluruh keluarganya akan dihalang dari memasuki Malaysia.

Keluarga Altantuya dijadual tiba ke Malaysia untuk mengikuti pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati akibat membunuh Altantuya, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 27 dan 28 Ogos ini.

Hari Merdeka: Negeri Pakatan sepakat guna logo dan tema sama

Foto: Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Jawatankuasa Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat (Pakatan) hari ini sebulat suara memilih logo ciptaan Ilusenidesign.com untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Mustafa Ali berkata, logo itu akan digunakan oleh keempat-empat negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bersama tema Kemerdekaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.

Katanya, pemilihan logo itu kerana ia menggabungkan ciri-ciri Malaysia seperti bendera Malaysia, bunga kebangsaan dan latar belakangnya bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-55.

31 Julai 2012

14 kerusi Sabah untuk Pakatan?


Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.

Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.

27 Julai 2012

Najib cuba hilangkan sakit UMNO, tetapi tidak tahu apa penyakitnya - Aspan Alias .

Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.


BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. UMNO khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Pendapatan rakyat tak naik, harga kenderaan melambung


KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.
M
aklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:
- 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
- 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;
- Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

- Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Wanita KEADILAN lancar kempen ‘Tolak Najib’



Wanita KEADILAN akan melancarkan kempen ‘Tolak Najib’ serentak di seluruh negara pada Sabtu ini.
Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ia ekoran kegagalan Perdana Menteri itu berperanan selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Katanya, selepas tiga bulan memangku jawatan itu, Najib gagal mengemukakan pelan tindakan untuk hala tuju pembangunan wanita.

“Matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar juga tidak jelas dan tunggang langgang, walaupun pelbagai latihan dan kursus diberi kepada calon.

'Bonus bagus, tapi tak selesai masalah sebenar'

Biarpun menyambut baik pengumuman bonus penjawat awam oleh Perdana Menteri semalam, namun bagi PAS ianya bukan penyelesaian jangka masa panjang kepada beban hidup yang ditanggung rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini kerajaan BN hanya pandai bermain dengan pemberian one-off menggunakan angka 500, namun gagal merancang pelan tindakan untuk jangka masa panjang.

"Kerajaan gagal melaksanakan plan bertindak jangka panjang bagi membantu kesempitan hidup rakyat, bagi menutup kelemahan tersebut mereka hanya menggunakan RM500 dengan tujuan menutup mulut rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...