Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

28 Mac 2011

Memang Rahim Berdendam Dengan Anwar

Dah tua nak mampus pun masih buat kerja jahat. Sepatutnya buat amal soleh, bukan buat video fitnah 

Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak perlu menafikan dendam beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalalkan tindakannya mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkata Rahim tidak dapat memendam perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 apabila terpaksa mendedahkan penglibatannya dalam video lucah itu Isnin lalu.

"Dia kalau tak berdendam, tak adalah ulang balik macam mana Anwar menyebabkan dia kena letak jawatan, kononnya Anwar berbohong Mahathir lindungi dia tapi Anwar yang suruh dia letak jawatan. Dia cakap.


"Hari ni dia cakap tak dendam dengan Anwar, pendapat saya sudah jelas, orang yang sedang marah,jelaslah menyebabkan dendam terhadap Anwar. Orang juga sudah tahu dia jadi dalang kepada video tu sebab dendam kepada Anwar,"kata Rafizi lagi.

Malah menurut Rafizi, Rahim hanya membuang masa untuk mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai perasaan dendam terhadap Anwar memandangkan rakyat sedia maklum akan karektor bekas Ketua Pemuda Umno itu.

"Rahim Thamby Chik, dia nak cakap apa cakaplah tapi rasanya untuk rakyat Malaysia termasuklah orang yang tak pernah kenal beliau, bila dia mula korek balik dan faham balik siapa Rahim ni, tak ada orang akan percaya cakap dia,"kata Rafizi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Setelah dicemuh oleh pelbagai lapisan rakyat, Rahim hari ini menggunakan akhbar Mingguan Malaysia untuk mendakwa beliau didorong oleh semangat patriotik dan
bukannya dendam dalam mendedahkan video lucah itu.

Rahim mendakwa video itu menujukkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur namun dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang dijemput beliau untuk menyaksikan rakaman itu yakin orang dalam rakaman hitam putih itu bukan Anwar.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Faris Musa, berkata Umno menggunakan Rahim sebagai ayam tambatan untuk menjatuhkan Anwar
menerusi fitnah seks.

“Tidak ada alasan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur. Secara jelasnya bahawa video itu merupakan video yang palsu dan berdasarkan kepada orang yang pernah melihat dan menyaksikan video itu terutama sekali Datuk Johari Abdul orang yang pertama melihat video yang ditayangkan oleh beliau dan Datuk Eskay dengan Datuk Shuib tu menyatakan dengan cukup jelas bahawa ianya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...