Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

18 Mac 2011

Siasat Taib Untuk Elak Malaysia Corot Indeks Rasuah – TI-M


Badan pemantau rasuah antarabangsa, Transparency International – Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Gesaan itu dibuat Presiden TI-M, Paul Low, di ibu pejabat TI-M di Kuala Lumpur. Beliau mahu siasatan itu disegerakan kerana dikhuatiri akan mencorotkan kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah dunia.

Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah Global (CPI), indeks rasuah Malaysia merosot daripada 4.5 ke 4.4 daripada 10, dengan 10 merupakan negara yang paling kurang rasuah, seperti didedahkan pada Oktober tahun lalu.


Paul Low juga mahu agensi penguatkuasa lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia menyiasat Taib atas kemungkinan keterlibatannya dalam aktiviti pengaliran keluar wang haram.

“Agensi penguatkuasa mesti bertindak segera untuk meneutralkan tanggapan umum yang sinis terhadap pendakwaan dan sisatan berpilih, terutamanya apabila ia membabitkan ‘ikan-ikan besar’,” kata Paul.
Bercakap lanjut, Paul juga risau imej dan kredibiliti Malaysia akan terjejas jika tiada siasatan diambil terhadap dakwaan yang dilempar kepada Taib.

“Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan selama ini berkaitan kekayaan yang dikumpul ahli keluarga dan mereka yang rapat dengannya.
Jadi, wajarlah siasatan sempurna dilakukan untuk menetukan kebenaran semua dakwaan tersebut selama ini,” kata Paul.

Pendedahan kekayaan Taib dan ahli keluarganya akhir-akhir ini dibongkarkan dengan rancak sekali oleh stesen radio bebas, Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report.

Blog Sarawak Report pula dikendalikan adik ipar Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown yang berdedikasi membongkar dakwaan rasuah dan salahguna kuasa yang menyelubungi empayar perniagaan global Taib Mahmud.

Tanggal 26 Mac ini genap 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak., seperti dilaporkan Malaysiakini.-  Sumber - Keadilandaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...