Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 Mac 2011

 Generasi Muda Diseru Pertahan Kampung Baru



Mereka mahu suara mereka dibawa ke perlimen dan mahu tanah dan hak mereka dipertahankan.


Pemilik tanah dan penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur meneruskan bantahan mereka terhadap penubuhan Perbadanan Kampung Baru dan pelan perancangan membangunkan kampung tersebut.

Pada kali ini, Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) telah menganjurkan majlis Deklarasi Pemilik Tanah Kampung Baru dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Dalam majlis ini seramai lima orang wakil penduduk yang mewakili generasi yang berbeza telah menyampai ucapan dan pendapat masing-masing agar didengar oleh ahli parlimen yang hadir.


Mereka mahu suara mereka dibawa ke perlimen dan mahu tanah dan hak mereka dipertahankan.

Antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir termasuklah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Teresa Kok (Seputeh) dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa).

Haji Zakaria yang mewakili generasi pertama menceritakan sejarah asal-usul Kampung Baru Kuala Lumpur.

Menurut beliau, sehingga kini hanya dua individu yang benar-benar membantu membangunkan dan memberi perhatian terhadap Kampung Baru iaitu Datuk Haron Idris yang ketika menjadi Menteri Besar Selangor dan Datuk Elyas Omar (sekarang Tan Sri), ketika itu menjadi Datuk Bandar.

Beliau mahu akta yang mahu diluluskan di parlimen ditarik balik.

Mohd Nor yang mewakili generasi kedua pula mengingatkan warga Kampung Baru bahawa mereka telah ditipu oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia.

Menurut beliau, tiada perubahan dibuat rang undang-undang yang dibentangkan di parlimen.

Pindaan itu juga akan memberi kuasa penuh kepada menteri berkenaan untuk berbuat apa-apa sahaja terhadap tanah di Kampung Baru.

“Cukuplah kita ditipu sebanyak dua kali. Jangan sampai tertipu buat kali ketiga,” ujar Mohd Nor.

Sementara itu, wakil generasi muda iaitu Omar dan Ridzuan turut menyeru agar generasi muda bangkit untuk menyelamatkan warisan nenek moyang mereka dan orang Melayu serta bersama membantah akta Perbadanan Kampung Baru.

Bagi mereka, generasi muda bukanlah generasi yang tidak berpendidikan dan mudah ditipu.

Bagi mereka Isu pemilikan tanah bukanlah isu politik, tetapi isu hak dan keadilan yang perlu dipertahankan.

Omar dan Ridzuan menyeru generasi muda mengambil contoh kampung Melayu yang lenyap dan hampir hilang seperti di Bangsar dan Kampung Abdullah Hukum.

Jika orang Melayu Kampung Baru tidak menentangnya sekarang, mereka akan kehilangan kampung itu buat selama-lamanya.-Hrkh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...