Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

17 Disember 2011

Lebih seribu hadir pelancaran ABU, suri rumah turut berucap

Dosa-dosa Umno paling utama – iaitu memperbodohkan orang Melayu.



Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Low.

Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat merungut tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim  berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.

"Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.
"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.

Beliau memberitahu, AMK akan mengadakan dialog bersama mahasiswa di dalam kampus menggunakan lambang parti dan kita harap ia tidak menjadi halangan oleh pihak pentadbiran universiti.

14 Disember 2011

'Hantu' penentu PRU-13 jika syor PSC diketepi

Jika syor oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak dilaksanakan, maka pilihan Raya Umum ke-13 akan ditentukan oleh pengundi hantu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap pada Wacana Sinar Harian: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu, Lim berkata jika 'hantu' ditangkap barulah faktor lain yang akan menjadi penentu.

"Kita mahu apa yang dituntut oleh Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) menjadi kenyataan sebelum PRU13 dan biarlah ia berlaku secara adil dan telus.

"Kalau 'hantu' dapat ditangkap maka penentu kemenangan sesebuah parti bergantung kepada undi di Sabah dan juga Sarawak," jelasnya.

13 Disember 2011

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan

Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.

Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin.

11 Disember 2011

Noh Perlu minta Maaf Pada Pesawah Seluruh Negara


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri perlu segera meminta maaf kepada pesawah dan petani seluruh negara berhubung penyelewengan RM110 juta dari kementerian beliau sebagaimana lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini.

Adun Skinchan, Ng Suee Lim berkata tindakan Noh yang cuba menyalahkan SelangorKini yang merupakan buletin rasmi kerajaan Selangor sebagai tindakan untuk mengelak dari menjawab persoalan sebenar.

"Seluruh pesawah mahu tahu dan Noh perlu memberi jawapan berhubung kemana perginya peruntukan RM110 juta yang lesap dari kementerian beliau sebagaimana laporan Ketua Audit negara baru-baru ini.

Dan tercabarnya kuasa politik Melayu -Khalid Samad

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN,

10 Disember 2011

‘Saya lawan Mahathir, nak turut dia macam mana’

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.

Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.


“Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.

Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat.

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).

Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras.

Ini kerana katanya, puluhan tahun Umno BN memerintah, terlalu banyak kerakusan yang diakibatkan parti itu.
“Sepanjang pemerintahan Umno BN, kita sebenarnya bersama-sama menyumbang, akibat sikap kita seperti ‘biarkanlah, tidak kisah dan ignorant’ dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintahan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...