Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

09 Disember 2011

Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketakutan Umno terhadap kaum Cina akan menyumbang kpd kejatuhannya


Moaz Nair
Harimau tidak akan menukar belangnya. Begitu juga UMNO. Dalam kes ini, pemimpin-pemimpin UMNO pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tidak akan membersihkan semua 'dosa' mereka yang lalu untuk menjadikannya sebuah parti pilihan orang Melayu dan kaum lain dalam pilihan raya umum yang akan datang. Mereka menggunakan AGM bukan untuk bermeditasi atau bersifat introspektif mengenai kelemahan mereka sebagai sebuah parti politik, tetapi memilih untuk menjadikannya sebagai forum politik untuk menjatuhkan Pembangkang.

Umno sengaja takutkan orang Melayu

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan ketegangan dan ketakutan di kalangan orang-orang Melayu khususnya, tentang apa yang akan terjadi nanti apabila Umno hilang kuasa.
“Umno akan menggunakan apa saja cara yang untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat,” ujar beliau ketika bertemu pemberita di pejabat khidmatnya di sini hari ini.
Berikutan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya tidak merasa kedudukan mereka sudah selesa pada masa ini memandangkan pilihan raya umum ke 13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi.

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC


Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal.

Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya.

Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu

08 Disember 2011

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Aspan Alias
Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

Lulus Akta Perhimpunan Aman, BN bakal hilang undi mahasiswa


Umno-BN bakal kehilangan undi mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang apabila meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.

Demikian ‘manifesto’ yang dinyatakan wakil-wakil kesatuan mahasiswa dalam himpunan aman membantah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

“Apakah Malaysia sudah menjadi negara polis hingga rakyat tak dibenarkan bersuara? Mana agenda tranformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak?

SPR mesti laksana 7 lagi tuntutan Bersih – Maria Chin


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.
Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini

Ugutan Najib bukti Umno sedar akan hilang kuasa

PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman  berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

Mahasiswa Hantar Memorandum Bantah Undang Perhimpunan Awam kepada PM


PUTRAJAYA- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan supaya membatalkan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang disifatkan menyalahi prinsip hak asasi manusia dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Mereka menuntut agar kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang kekangan undang-undang dan meminta polis memainkan peranan sebagai pengawal kepada proses demokrasi dan tidak membataskan hak rakyat.

Tuntutan tersebut dinyatakan di dalam sebuah memorandum bantahan yang dikemukan kumpulan mahasiswa itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

05 Disember 2011

Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa, tindakan perwakilan Umno yang mempolitikkan isu HIV tinggi di negeri Pakatan Rakyat hanya sekadar mahu menutup pekung rasuah kepimpinan mereka.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah berkata, tindakan yang cuba menunjukkan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja berlaku peningkatan kes HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab.

"Umno sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka.

"Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung parti itu yang menghentam kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS ekoran statistik tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...