Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengah-lengahkan siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaa kuasa dan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh laman web Sarawak Report.
Jelas Anwar, laporan yang disertakan dengan bukti harus segera diteliti berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan agensi itu.
"Setiap laporan kredibel harus diselidik. Ini adalah pendirian standard yang kita pegang,” jelas beliau kepada media.
Menerusi laporan laman web Sarawak Report, Taib dikatakan telah memberi kontrak melalui rundingan terus kepada ahli keluarga termasuk sahabatnya bagi projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan, jambatan dan projek-projek besar yang lain di negeri Sarawak