Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

17 Julai 2013

Kedudukan 16:16 untungkan rakyat


Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyifatkan keseimbangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Terengganu apabila PAS dapat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut merupakan satu perkembangan terbaik dalam menjadi sebuah demokrasi tulen.

Beliau yang berucap pada ceramah di Kampung Seberang Barat semalam turut menafikan tomahan Barisan Nasional (BN) yang mengatakan keadaan akan menjadi huru hara apabila kerusi Dun terikat kepada 16:16.

"Mana ada huru hara jika kedudukan kerusi seimbang 16:16 jangan dengar kata BN, mereka hanya hendak menakutkan kita je.

"16:16 sebenarnya memberi implikasi besar kepada lanskap politik di Terengganu malah di negara ini, salah satunya mewujudkan sebuah demokrasi yang tulen," ucapnya
.

Beliau yang turut memberitahu jika sebelum ini BN akan membuat keputusan tanpa mengambil pandangan dari pihak Pakatan Rakyat kerana mereka telah menguasai Dun.

Namun, bila wujud jumlah kerusi yang sama BN tidak akan lagi dapat membuat kelulusan mengikut kehendak mereka kerana kekuatan Pakatan Rakyat di dewan turut diambil kira.

"Saya terlibat secara langsung apa yang berlaku di dalam dewan, mereka sesuka hati nak buat keputusan sebab mereka menguasai majoriti.

"Namun keputusan PRK kali ini akan menyebabkan BN akur kepada apa yang kita tentang atau bahas, setiap sen yang dikeluarkan akan kita kira kerana kita tidak mahu diselewengkan.

"Bila ini berlaku maka tidak ada lagi yang runtuh, kerana kita akan pastikan peruntukan setiap projek itu dipenuhi sebaik mungkin dan bukan lagi dibayar kepada kroni akhirnya kemusnahan berlaku," jelasnya lagi yang juga merupakan Adun Bandar Kuala Terengganu.

Beliau yang turut memberitahu, peluang untuk menjadikan pentadbiran Terengganu lebih telus dan bertanggungjawab adalah melalui PRK Dun Kuala Besut.

Keputusan yang diperolehi ini akan mengubah secara keseluruhan pentadbiran yang sedia ada sekarang dari sikap yang suka menbazir tanpa pemantauan kepada sebuah kerajaan yang menghargai setiap duit rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bukan hanya di negara ini tetapi di seluruh dunia sedang menunggun sebuah kerajaan yang benar-benar mengamalkan demokrasi tulen dalam pentadbiran atas keseimbang pentadbiran.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...