Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 Julai 2013

Jenayah: Polis didesak siasat dakwaan Sanjeevan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak menyiasat dakwaan penglibatan PDRM dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram seperti yang didedahkan pengerusi NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas kes Sanjeevan ditembak namun siasatan ke atas dakwaan Sanjeevan tidak harus diketepikan.

"Kami mengalu-alukan kanyaaan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan menjalankan siasatan terperinci dengan kadar segera tapi kami juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan bahawa PDRM terlibat dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini.


Sanjeevan ditembak di bahagian rusuk dipercayai dilakukan oleh dua lelaki India ketika sedang memandu kereta.

Kejadian berlaku dekat Bahau, Negeri Sembilan pada jam 4.30 pagi kelmarin.

Akibat kejadian itu, Sanjeevan dimasukkan ke Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Serdang.

Semalam, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata percubaan membunuh Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah.

"Kita tidak menolak kemungkinan penembakan Sanjeevan seperti yang dikatakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa ada katan dengan hasrat beliau untuk mendedahkan penglibatan PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram," kata Anwar yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.

Justeru Anwar turut menggesa Khalid megarahkan anggotanya mengadakan kawalan yang ketat di hospital kerana mendapati kawalan di tempat Saneevan dirawat sangat longgar.

"Kawalan di hospital sangat longgar.Kalau kes yang begitu penting melibatkan pegawai-pegawai polis saya bimbang keselamatan Sanjeevan.

"Saya ingin menggesa ketua polis negara mengarahkan kawalan diperketatkan dan kawalan polis diadakan bagi menjamin keselamatan Sanjeevan," katanya.


Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...