Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Januari 2013

TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.

Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.


Dengan perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan pengertian yang cukup bermakna.

“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.

“Saya rasa gembira kerana perasaan Islam fobia langsung tidak wujud khususnya sejak kita sering mengadakan pendekatan yang harmoni bersama mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah dan Harakahdaily di Putik pagi tadi sekembalinya dari Kedah dan Pulau Pinang.

Menurutnya, walaupun beliau dalam keadaan letih kerana mempunyai jadual padat di sebelah utara itu, namun beliau cukup gembira di atas sambutan pimpinan bukan Islam khususnya dari rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Menurutnya, kecaman hubungan baik dengan bukan Islam bukan hanya diterima zaman ini, sebaliknya sejak Rasulullah lagi.

“Andainya bukan jemaah Islam memberikan gambaran baik tentang agama Islam, siapa lagi, nak harapkan Umno?”soalnya.

Katanya, sekarang ini tugas jemaah Islam memperkenalkan kesucian agama itu pada pihak luar disamping akhlak yang ada padanya (Islam).

Katanya, dakwah Islam sering disampaikan pada DAP dan PKR dalam ucapan dan perbincangan, untuk menerima terpulang pada mereka.-Harakahdaily


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...