Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

05 April 2011

Video Seks : Pelaku Bukan Anwar

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yakin bahawa pelaku dalam sedutan video seks yang dimuat turun di laman web You Tube hari ini bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Nazmi dalam kenyataan medianya berkata, selepas menonton video tersebut, kenyataan awalnya sebelum ini terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Menurut Nik Nazmi, penayangan video itu juga jelas mempunyai hubung kait dengan konspirasi politik untuk melenyapkan karier Anwar sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

Tegas Nik Nazmi, hakikat ini mungkin jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit Anwar selama dua tahun beliau tahu bahawa itu bukan Anwar.


Tambahnya, keperibadian Anwar sebagai individu Muslim terpimpin dan disanjungi rakyat sudah cukup untuk menolak rekasaya jahat pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

"Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak," jelas Nik Nazmi dalam sebaran media petang tadi.

Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia berkata, masih banyak persoalan menjadi tanda tanya berhubung prinsip undang-undang yang digariskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung tindakan keatas ketiga-tiga individu yang mengaku bertanggunjawab.

Antaranya, persoalan mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim masih bebas walaupun terbukti melanggar undang-undang selain dakwaan video tersebut dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur sedangkan tulisan bahasa Thailand yang tertera bermaksud “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011” sesudah diterjemahkan.

Turut disentuh tindakan polis yang dilihat berpihak kepada Umno-BN dengan melarang penyebaran video lucah melibatkan Chua Soi Lek sebelum ini namun mengambil sikap bersahaja apabila ianya melibatkan Anwar.

Justeru Nik Nazmi berpendapat demokrasi politik yang diamalkan di negara ini masih berada pada tahap yang rendah

Negara hari ini digemparkan dengan pendedahan sedutan video seks berwarna hitam putih selama 1 minit 47 saat dimuat naik dalam laman sesawang Youtube petang tadi.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...