Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

24 April 2011

1Melayu 1Bumi buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep “1Melayu, 1Bumi” diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.

Malah kata Kit Siang, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.

“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Kit Siang.


Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.

Semalam, Najib berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia bukan pandangan kerajaan.

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita,” katanya.

Kit Siang menyifatkan cadangan Utusan tersebut ibarat satu tamparan terus ke muka perdana menteri yang sebelum ini sibuk mencanang-canangkan konsep 1Malaysia yang kononnya bagi menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

Katanya, alasan Najib tidak dapat diterima, khususnya akhbar bahasa Melayu itu adalah 'lidah rasm' Umno dan laporannya menggambarkan pandangan pemimpin Umno dalam kerajaan. - malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...