Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 April 2011

Sumpah Laknat Eskay : Masjid Amru Al-As Kecoh

Tindakan Eskay ini bercanggah dengan fatwa, sekurang-kurang daripada tiga mufti setakat ini bahawa perlakuan zina tidak boleh dibuktikan dengan video sebaliknya melalui empat orang saksi.



Sentul - Keadaan di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul kecoh apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sambil melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam Eskay memberitahu bahawa beliau akan mengambil sumpah laknat selepas solat Jumaat di sini, hari ini.


Tindakan Eskay ini bercanggah dengan fatwa, sekurang-kurang daripada tiga mufti setakat ini bahawa perlakuan zina tidak boleh dibuktikan dengan video sebaliknya melalui empat orang saksi.

Eskay semalam turut mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut serta mengangkat sumpah.

Trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks itu kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, dan turut mendakwa pelaku dalam video terbabit adalah mirip Anwar.

Trio 'Datuk T' terdiri daaripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik , ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian dilihat cuba keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi berjaya dihalang seorang jemaah yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Lebih 500 jemaah hadir bagi membantah tindakan Eskay melaksanakan sumpah Laknat itu yang ternyata sia-sia.

Pada masa yang sama ratusan jemaah yang hadir hari ini turut mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan sedikit kecoh, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Tv Selangor turut difahamkan terdapat beberapa wartawan mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang yang memberitahu bahawa beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Selepas 30 minit menanti di perkarangan masjid yang kembali tenang kehadiran Datuk T masih belum kunjung tiba.

Namun pintu ke ruang solat utama dan semua pintu masuk ke masjid ditutup oleh kira-kira 30 pihak polis.

Eskay bagaimanapun hadir bersumpah bersama Rahim dan Shuib kira-kira jam 4.15 petang ketika ketegangan agak reda dengan kawalan ketat pihak polis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...