Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

14 April 2011

M'siakini Rayu Sumbangan Tangkis Serangan


Pelayan (server) utama Malaysiakini yang terletak di pusat data TM dan Jaring hari ini terus dihujani serangan melalui rangkaian Internet sejak serangan pertama dilancarkan lebih 30 jam lalu.

Pelayan berkenaan tidak berfungsi sejak jam 11 pagi semalam dan sehingga kini Malaysiakini masih belum berjaya menangkis serangan tersebut yang berpunca dari beberapa pelayan lain di China.

Bagi menghadapi situasi ini, semua laporan Malaysiakini, termasuk dalam versi bahasa Inggeris buat masa ini disajikan secara percuma melalui perkhidmatan Wordpress dan Facebook.


Malaysiakini juga akan berhijrah ke pelayan baru serta sedang bekerjasama dengan pusat data baru untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan terutamanya bagi menghadapi beban rangkaian dari sumber yang mencurigakan.

Bagaimanapun sesetengah pembaca sudah dapat melayari Malaysiakini seperti biasa.

Menurut Malaysiakini lagi, sekiranya masih ada pihak yang gagal berbuat demikian, pihaknya menasihatkan supaya memadamkan 'cache' di 'browser' (Bagi Firefox, sila ke 'Tools', klik 'Clear recent history', dan kemudian 'Clear now'. Bagi Internet Explorer, sila ke 'History', klick 'Delete browsing history', dan kemudian 'Delete').

Tambahnya, pihaknya juga turut menjangkakan beberapa lagi siri serangan akan diteruskan ke atas Malaysiakini sepanjang tempoh liputan pilihan raya negeri Sarawak sehingga Sabtu ini.

Jelasnya lagi, bagi menangkis serangan baru, Malaysiakini akan mewujudkan pelayan web dari lokasi baru untuk kandungannya.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...