Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

06 April 2011

“TRADISI MEMPERBODOHKAN RAKYAT” DITERUSKAN

Lelaki ini pernah didakwa merogol gadis bawah
umur tetapi kes tersebut telah ditutup olih Umno
Malaysia berada di ambang paling gelap dalam sejarah politik dan moral apabila politik lucah menjadi percaturan terbaru juak-juak terdesak.

Cebisan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur kononnya dari China, terbukti tidak berjaya meyakinkan rakyat yang menonton sebagaimana yang diharap-harapkan; khususnya dalam komplot terbaru mencalar imej dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Sedutan video lucah yang dirakam di sebuah bilik dipercayai di Thailand itu, tersebar luas di Youtube sebelum disebarluas blogger anti-Anwar dan pro-Umno. Sedutan video lucah selama 1 minit 47 saat itu menunjukkan rakaman dua orang lelaki dewasa dan seorang wanita, sebelum seorang lelaki keluar dan membiarkan seorang lagi lelaki berdua-duaan dengan wanita terbabit.


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat usaha terkutuk ini sebagai satu usaha pembodohan rakyat secara terang-terangan dan meletakkan maruah rakyat negara ini ke satu tahap paling hina dan menjijikkan.

Terdapat beberapa keraguan yang ingin diperincikan di sini. Pertama, bagaimana setelah semua salinan asal video diserahkan oleh Datuk ‘T’ kepada PDRM, rakaman awal video tersebut boleh tersebar di Youtube dan kemudian di beberapa laman blog yang lain? Ini membawa kepada dua kemungkinan: samada Datuk T telah menipu pihak polis dengan menyimpan kemudian menyebarkannya melalui laman web, ataupun wujud kemungkinan pembocoran maklumat dalaman kepada blogger-blogger tertentu.

Keduanya, mengenai tempat video itu dirakamkan. Menurut maklumat awal, video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur. Namun apa yang meragukan adalah kewujudan tulisan Thai yang diterjemahkan sebagai Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Jika benar video ini dirakam di Bangkok, maka ini sekaligus menafikan keterlibatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mempunyai temurapat bersama-sama staf beliau di kediaman beliau bersama isteri dan anak-anak.

Jika dilihat kronologi kes pendedahan video seks ini, terdapat satu strategi yang mudah di baca: menimbulkan keraguan. Mengapa konklusi ini diperoleh?

(i) 21 Mac 2011, sewaktu video ini ditayangkan kali pertama di Carcosa Seri Negara, hanya kalangan wartawan sahaja yang dibenarkan menonton.

(ii) 4 April 2011, tayangan hanya sempat dipapar di laman Youtube di antara 5 – 6 jam sahaja, itupun hanya cebisan 1 minit 47 saat daripada keseluruhan 22 minit.

(iii) 5 April 2011, akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan Kosmo! (daripada penerbitan yang sama) turut menyiarkan petikan gambar yang didakwa sebagai Dato’ Seri Anwar ini, yang berimejkan samar-samar dan hanya cebisan 3 ke 4 saat daripada keseluruhan 1 minit 47 saat.

Jika dilihat kepada kronologi ini, matlamat yang boleh dibaca tidak lain tidak bukan ialah mewujudkan persepsi jahat dan jelek ke atas Dato’ Seri Anwar. Sekaligus juak-juak terdesak ini lupa akan alibi yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar terdahulu.

AIC mempersoalkan dimanakah peranan pihak polis yang sewenangnya membenarkan trio Datuk T yang secara terang mengaku mereka menyebarkan video ini, boleh bergerak seolah-olah tidak melakukan sebarang jenayah?

Di mana pula pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang sewajarnya menyiasat unsur-unsur lucah melalui hebahan ruang siber melalui penyebaran cebisan video ini yang terang-terangan bercanggah dengan undang-undang.

AIC ingin mengajak semua untuk menyoroti kembali usaha-usaha jahat ini dan menentang habis-habisan segala bentuk fitnah yang meruntuhkan negara dan moral rakyat ini. Baik dalam konteks perundangan sivil mahupun Islam, prinsip hukum seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah adalah terguna pakai dalam apa jua keadaan.

Ketegasan beberapa orang Mufti dan ulama’ dalam Negara mengenai hal ini jelas, betapa fitnah dan politik lucah ini harus dihentikan segera. Amatlah memalukan, di sebalik kebanggaan juak-juak terdesak kononnya Malaysia ini Negara islam contoh, tetapi sewenangnya membenarkan elemen fitnah dan politik lucah berlaku berleluasa dalam sistem politik negara hanya kerana kuasa.

Julailey Jemadi
Timbalan Presiden AIC



Sumber -Kerajaan Rakyat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...