Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Disember 2012

Amanat: TV1, TV3 wajar sahut hasrat Presiden PAS


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

Selangor akan siasat tanah milik Raja Ropiah


Kerajaan Selangor akan menyiasat bagaimana tanah yang dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

“Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa,” ujar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

30 Disember 2012

RM160 juta dana pencen tentera diguna untuk tutup mulut Deepak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).

29 Disember 2012

Aliran wang haram RM200 bilion disiasat apabila Pakatan menang


Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.

“Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.

Umno kena penyakit 'rabun angka'


AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka yang dahulu dengan angka yang kemudian.

Beliau memberi contoh dalam isu tuduhan oleh Umno Perak, kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganugerahkan tanah seluas 10,576 ekar kepada pemimpin DAP Perak.

Pemberian itu kononnya untuk memastikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

22 Disember 2012

Malaysia juara rasuah di dunia – Akhbar India


Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.

Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.

Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’, Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.

Siasat lima perkara serius dalam SD Bala – Johari


Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:

21 Disember 2012

Aliran Wang Haram, Bukti Rasuah Era Najib Berleluasa


Wang Haram Najib 01


Laporan aliran wang haram oleh Global Financial Integrity(GFI) 2010 yang meletakan Malaysia di tangga ke dua paling teruk membuktikan era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebani dengan rasuah.

Meskipun diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia ini diantara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

20 Disember 2012

Batalkan 300,000 saman, wang 10,000 pembayar AES mesti dipulang


300,000 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu dibatalkan dan saman yang dibayar oleh 10,000 pengguna jalan raya wajib dipulang jika kerajaan ikhlas mahu menghapuskan sistem tersebut.

Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

“Wang saman yang dibayar 10,000 rakyat mesti dipulangkan semula. Ini tak adil pada mereka. 300,000 saman yang dikeluarkan mesti dibatal serta merta,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor,

Pendedahan Deepak: AMK lapor polis mahu Rosmah disiasat


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pendedahan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira 11.30 pagi tadi oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditemani Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa anggota.

Ia ekoran pendedahan Deepak 12 Disember lalu yang menceritakan secara teliti latar belakang akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan siasatan terhadap pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh daripada Menteri Kewangan.

11 Disember 2012

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO


Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak 16 Dis ini

Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Disember ini bertempat di Bandar Seri Iskandar.

07 Disember 2012

Bajet agama naik 300%: BN tuduh DAP menuju Islamisasi


Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi apabila menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?" katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim Guan Eng (gambar) – pada Isnin lepas.

Ia disiarkan oleh sebuah akhbar Cina baru-baru ini.

Campur tangan: Giliran Hisham lepas jawatan



Jika benar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan,” katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’ hari ini.

Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Nasrudin cabar Najib dan Khairy isytihar harta


Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

03 Disember 2012

Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan Pakatan Rakyat


UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.

Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.

02 Disember 2012

Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak


Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

01 Disember 2012

Kenyataan Musa: Hishammuddin didesak letak jawatan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Perhimpunan Umno sekadar belasah Pakatan Rakyat


Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupur seperti lembu yang hendak mati,” kata AJK PAS Puat, Ustaz Idris Ahmad.


Katanya, Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Umno sekarang, ujarnya sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan dan ereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama.

Naib Ketua Wanita Umno Sabah keluar parti, bakal sertai KEADILAN


Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

09 November 2012

AIC: Cabar Anwar Bertanding Di Pekan, Bukti Umno Bankrap Isu


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang sinis cabaran yang dilontarkan oleh seorang pimpinan Umno Bahagian yang mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Pekan sebagai satu pelawaan yang melucukan serta bankrap isu.

Cabaran yang tidak realistik itu dilihat sebagai tidak memahami politik sebenar, semberono dan tidak berfikiran jauh.

AIC melihat kenyataan dan cabaran oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sebagai jauh dari kematangan berpolitik dan wajarlah dipandang sepi.

Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana


Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.

Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.

“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.

22 Oktober 2012

Isu Musa Aman akan selesai selepas pilihanraya


Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.

Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.

Bertugas di Kuala Lumpur, hujung minggu di Kulai


Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur. Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai, Johor.

Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai tempat beliau dan keluarga tinggal.

Sebagai bekas wartawan, Suki sangat mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini.

10 Oktober 2012

Dakwaan makin karut elak BN kalah PRU13


Dengan mengambil cara berfikir Tun Dr Mahathir Mohamad, mengundi Barisan Nasional (BN) bermakna mengundi syaitan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dr Mahathir mendakwa, undi untuk pembangkang adalah undi untuk (George) Soros.

"Dengan mengambil cara beliau berhujjah, mengundi BN beermakna mengundi syaitan sebab Dr Mahathir sendiri yang kata sebelum ini bahawa Umno BN adalah syaitan yang orang kenal," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...