Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Disember 2012

Umno kena penyakit 'rabun angka'


AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka yang dahulu dengan angka yang kemudian.

Beliau memberi contoh dalam isu tuduhan oleh Umno Perak, kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganugerahkan tanah seluas 10,576 ekar kepada pemimpin DAP Perak.

Pemberian itu kononnya untuk memastikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.


"Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012.

"Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberi contoh lain iaitu berhubung hasil kutipan balak di Kedah telah yang meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta dibawah pemerintahan PAS negeri itu.

Selain itu beliau juga membawa fakta berkaitan simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu.

"Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku," katanya.

Penyakit rabun ini ujarnya semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan Pakatan Rakyat.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...